penghijrahan seseorang muslimah

assalamualaikum wahai hamba2 Allah.
ceria selalu ya ! 
malam2 macam nie memang best layan blog taw. 
duk rumah sorg2 tanpa gangguan . 
alhamdulillah atas nikmat yang Allah bg.
Alhamdulillah atas pemikiran yang Allah izinkan untuk saya memanfaatkan masa dengan membaca artikel2 islamic ! 
Alhamdulillah Allah membuka pintu hati hambaMu yang daif lagi fakir dengan agamaMu ya Allah.
bersyukur dengan segala perkara yang telah Engkau kirimkan kepada hambaMu ini .
terima kasih ya Allah.

bermulanya cerita ....

dulu seorang insan yang pandang wanita yang bertudung labuh dengan pandangan yang kosong .
tiada perasaan ingin berubah.
tiada perasaan untuk meningkatkan daya keimanan.
astaghfirullah.
betapa jahilnya hamba mu ini ya allah.
insan itu sering melakukan kemurkaan Allah.
Astaghfirullah.

sekarang....
penghijrahan seorang hamba mu ini sedang berjalan . 
berjalan meniti usia yang kian dewasa.
berjalan terus berjalan menuju ke SyurgaMu ya Allah.
Insan yang bergelar HAMBA mu ini sedang berhijrah.
Alhamdulillah Engkau beri nikmat kepadanya untuk mengenali diriMu.
SUBHANALLAH.

dalam waktu penghijrahan ini..
Engkau selitkan kesulitan kepada hambaMu ini.
supaya dia terus-terusan memohon pertolongan dariMu Ya Allah.
supaya dia terus dekat kepadaMu. 
Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah.
kerana Engkau cintakan hambaMu.
ALHAMDULILLAH.

di dunia yang daif dgn agamaMu ini.
di dunia yang penuh dgn fitnah ini ,
izinkan hambaMu terus memijak di atas duniaMu ya Allah.
untuk terus mencari KEREDHAAN ya RABB.
LA HAWLAWALA KUWWATAILLA BILLAHILALI YILL AZHIM.

tiada daya upaya selain meminta daripadaMu.

hambaMu : syafiqah



(: like kalau suka..love u dear :)